Logo

Isyarat liputan baik dalam bangunan menjadi tanggungjawab syarikat telekomunikasi

KUALA LUMPUR, 20 Oktober - Menjadi tanggungjawab sesebuah syarikat telekomunikasi untuk memastikan isyarat liputan kekal baik dalam sesuatu bangunan melalui perbincangan dan persetujuan terma komersial bersama-sama pemilik bangunan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, sekiranya tiada persetujuan dicapai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan bertindak sebagai pemudahcara bagi menyelesaikan masalah liputan.

Selain itu, kerja-kerja pengukuran kualiti bagi perkhidmatan selular awam, jalur lebar tanpa wayar dan jalur lebar talian tetap turut dijalankan sepanjang tahun.

Beliau berkata demikian dalam penggulungan perbahasan RMKE-12 di Dewan Negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.