Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Pengusaha mikro yang tidak lengkap vaksinasi mampu jejaskan perjalanan ekonomi - MEDAC

  • Published in Nasional

KUALA SELANGOR, 20 Oktober - Perniagaan dan Pengusaha mikro yang tidak melengkapkan dua dos suntikan vaksin akan berdepan kesukaran menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata ia berikutan status vaksinasi merupakan salah satu kriteria penting untuk pergerakkan.

Tan Sri Noh berkata demikian pada media selepas melawat proses vaksinasi untuk remaja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Selangor.

Setakat ini, kerajaan tidak menetapkan untuk mewajibkan lengkap suntikan vaksin sebagai syarat khas pinjaman di bawah kementerian.