Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Lapan kluster baharu dikenal pasti semalam

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 Oktober - Lapan (8) lagi kluster baharu dikenal pasti semalam.

Tujuh daripadanya melibatkan kluster di tempat kerja membabitkan tiga di Perak, dua di Selangor dan masing-masing satu di Johor dan Pahang.

Manakala satu kluster pendidikan lain dikesan di Negeri Sembilan.

Sementara itu 8,933 kes sembuh dicatatkan hari ini dengan 5,745 kes baharu direkodkan.

Daripada jumlah itu, 115 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 5,630 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.