Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Rentas Negeri: Polis Kedah tingkatkan pengawasan

  • Published in Nasional

ALOR SETAR, 18 Oktober - Polis Kontinjen Kedah berjaya melakukan 103 tangkapan dan rampasan 70 barang kes bernilai RM404,550 ringgit hasil empat operasi yang
dilancarkan susulan kebenaran rentas negeri 11 Oktober lalu.

Menurut Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat, ia melibatkan Op Pintu, Op Kesan, Op Patuh dan Op Tapis.

Polis percaya dengan kebenaran rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi, jenayah akan turut meningkat.

Tambah beliau, kebenaran rentas daerah juga boleh disalah guna sesetengah pihak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tidak sihat.

Op Pintu merupakan operasi melibatkan kes-kes jenayah pecah rumah manakala Op Kesan melibatkan Operasi mensasarkan penjenayah disenarai hitam.

Sementara Op Tapis melibatkan operasi mengesan kes-kes pengedaran dadah dan Op Patuh adalah operasi pematuhan prosuder operasi standard SOP di bawah Akta 342.