Saturday, 4 December 2021

updated 8:17 AM UTC, Dec 4, 2021

Kastam Johor rampas alat ganti kenderaan, minuman keras

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 17 Oktober - Jabatan Kastam Johor merampas sejumlah alat ganti kenderaan serta minuman keras bernilai RM 2.6 juta yang cuba diseludup masuk dalam dua operasi berasingan pada 30 September dan 8 Oktober.

Pengarah Kastam Negeri, Sazali Mohamad berkata, serbuan pada 30 September lalu, menemui alat ganti kenderaan bernilai RM363,340 di dalam sebuah lori kontena di Kampung Pasir.

Pemeriksaan mendapati alat ganti kenderaan tersebut tidak diikrar dan dibayar cukai dengan betul, dan dipercayai diimport dari Singapura.

Sementara itu, operasi pada 8 Oktober lalu, merampas kira – kira 17,000 botol arak tidak berkastam di dalam sebuah lori, bernilai RM324,720 juga dipercayai diimport dari Singapura.

Operasi turut menyita sebuah lori treler bernilai seratus ribu ringgit, selain menahan dua pemandu lori lelaki dan seorang kelindan lelaki, berumur 34 hingga 56 tahun, bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) ( E ) Akta Kastam 1967, serta Seksyen 133 (1) (A) mengikut akta yang sama.