Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Ribut, 15 rumah rosak

  • Published in Nasional

CHUPING, 17 Oktober - Hujan lebat beserta angin kencang, melanda sekitar Chuping kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Ia telah mengakibatkan 15 buah rumah rosak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, pihaknya telah turun ke lokasi bagi membuat bancian untuk mendapatkan anggaransebenar kerosakan yang dialami penduduk.

Seterusnya, bantuan akan segera disalurkan untuk membaiki kediaman yang terjejas.

Setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.