Saturday, 4 December 2021

updated 5:48 AM UTC, Dec 4, 2021

Bajet 2022: Pengangguran, pembiayaan perniagaan cadangan tertinggi suara rakyat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Isu pengangguran dan pembiayaan perniagaan antara cadangan tertinggi yang dikemukakan rakyat untuk Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihaknya turut menerima saranan berkait bantuan kepada sektor pelancongan dan peruncitan.

Tambah beliau, pihaknya akan memperhalusi semua cadangan sebelum pembentangan Bajet 2022.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu rancangan Inklusif di Angkasapuri.

Terdahulu, Kementerian Kewangan menerima lebih 50,000 cadangan menerusi portal bajet, media sosial serta sesi libat urus selain memorandum daripada pelbagai persatuan.