Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Gangguan air: Agihan secara berperingkat bermula petang esok

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Oktober - Bekalan air akan mula disalur kepada penduduk Lembah Klang yang terjejas pada pukul 5 petang esok.

Ketika ini kerja selenggara aset utama sedang dipergiat dan dijangka siap 11 malam ini.

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, kerja selenggara aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 telah dimulakan 9 pagi tadi.

Sebaik siap air akan disalur secara berperingkat dengan bekalan dijangka pulih sepenuhnya Sabtu ini.

Bantuan melalui lori tangki dihantar ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Pemberian Vaksin, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 serta upacara pengebumian.