Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Felo Perdana lahir ramai peserta berjaya dalam sektor awam, swasta

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 13 Oktober - Program Felo Perdana memberi manfaat besar apabila ramai pesertanya berjaya dalam sektor awam, swasta mahupun politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia terbukti berhasil melahirkan pemimpin generasi baharu melalui pendedahan lapangan di mana ahli Jemaah Menteri bertindak sebagai mentor.

Jemaah Menteri diminta terus memberi bimbingan kepada peserta berkaitan aspek pentadbiran kerajaan untuk mendedahkan anak muda memahami serta mempelajari bagaimana kementerian ditadbir.

Perdana Menteri berucap pada Majlis Penyerahan Felo Perdana melibatkan 66 anak muda berprestasi tinggi terpilih tahun ini.

Felo Perdana dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan sejak 2013 serta telah mengumpulkan penyertaan lebih 600 anak muda sepanjang sembilan tahun diadakan.