Tuesday, 26 October 2021

updated 11:23 AM UTC, Oct 26, 2021

MGI akan diperkasa, wujudkan pusat pembangunan vaksin negara

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 10 Oktober - Institut Genom Negara, MGI akan diperkasa bagi mewujudkan pusat pembangunan vaksin negara.

Ia untuk mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan vaksin luar negara yang sebelum ini, RM4 billion telah dibelanja bagi pembelian RM187 juta dos vaksin.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI Dato Ahmad Amzad berkata, ketika ini MGI sedang melakukan penjujukan genom virus SARS-CoV2.

Menerusi penyelidikan yang dijalankan pelbagai varian virus tersebut dapat dikenalpasti dan dipantau.

RM2.5 juta sudah diagih untuk penyelidikan dan pembangunan vaksin COVID-19 jenis teknologi messenger asid ribonukleik, MRNA dan kuman yang dinyahaktif.

Masing masing diketuai penyelidik dari Universiti Malaya dan Univerisiti Putra Malaysia.

Beliau menyatakannya selepas menyampaikan kotak makanan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di Kuala Terengganu.