Tuesday, 26 October 2021

updated 11:23 AM UTC, Oct 26, 2021

Pelajar bidang STEM, pemangkin pembangunan negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 10 Oktober - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, MOSTI komited dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM.

Tegas Menterinya, Datuk Seri Adham Baba, sains dan teknologi perlu dibudayakan dalam kalangan pelajar sejajar visi Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

ketika ini terdapat 47.18 peratus pelajar STEM yang terdiri daripada 20.51 peratus pelajar Sains dan 26.67 peratus pelajar TVET.

Peratusan itu perlu ditingkatkan sehingga mencapai 60 peratus, dalam memastikan negara mempunyai bekalan bakat STEM yang mencukupi.

Datuk Seri Adham Baba menyampaikan ucapan penutup National Science Challenge, NSC berlangsung secara maya.

Pasukan dari Kolej Yayasan Saad, Melaka diangkat juara Piala Cabaran Perdana Menteri menewaskan empat pasukan lain.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000 sebuah komputer riba dan sijil serta peluang mengikuti bengkel TheGreatLab Grand Design Challenge.