Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Kit ujian kendiri mencukupi, 28 syarikat pembekal dan pengedar

  • Published in Nasional

HULU TERENGGANU, 10 Oktober - kit ujian kendiri COVID-19 masih mencukupi di pasaran.

Sehubungan itu orang ramai tidak perlu bimbang kemungkinan kekurangan bekalan alat itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP, Dato Rosol Wahid berkata - permintaan kit tersebut dijangka meningkat selepas rakyat disaran melakukan ujian kendiri sebelum merentas negeri.

Ia susulan pengumuman rentas negeri yang akan dibenarkan dalam masa terdekat sebaik negara memasuki fasa endemik.

Ketika ini terdapat RM6 juta alatan itu dipasaran menerusi 28 syarikat pembekal dan pengedar.

Ia boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka akhir bulan ini berbanding sebelum ini hanya di farmasi.

Beliau sebelum itu menyampaikan hadiah program kayuhan basikal Fun Ride Parlimen Hulu Terengganu di Hulu Terengganu.