Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Mangsa lemas tiga bersaudara, dikebumi dalam satu liang lahad

  • Published in Nasional

SETIU, 10 Oktober - Jenazah tiga kanak-kanak yang ditemukan lemas di muara sungai Kampung Mangkuk, Setiu selamat disemadikan dalam satu liang lahad.

Kesemua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Losong Panglima Perang, Kuala Terengganu kira-kira pukul 7.00 petang.

Terdahulu ketiga-tiga mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk dibedah siasat.

Jenazah kesemua mangsa dibawa pulang ke kediaman nenek mereka di Kampung Losong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

tiga bersaudara dikhuatiri lemas di muara sungai Kampung Mangkuk di Setiu.

Mayat dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9 tahun dan adiknya Muhammad Aryan Faheem masing-masing ditemukan pada jam 12.58 pagi dan 1.47 pagi.

Manakala sepupunya Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi,11 tahun berjaya ditemukan pasukan pencarian pukul 8.15 pagi .