Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

MOT sedia bantu penunggang p-hailing dapatkan lesen

  • Published in Nasional

BATU PAHAT, 9 Oktober - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menyediakan inisiatif bagi membantu penunggang yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing), mendapatkan lesen memandu sah bagi memudahkan mereka melibatkan diri dalam sektor berkenaan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkara itu sudah dibincangkan dengan Kementerian Kewangan (MOF), bertujuan meringankan beban terutamanya mereka yang hilang pekerjaan, tamat belajar dan mencari rezeki.

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong turut memaklumkan perkara itu mungkin akan diumum melalui Belanjawan 2022.

Selain itu tambahnya, penunggang p-hailing terutamanya golongan B40 berhadapan kes tertentu termasuk melibatkan tunggakan saman yang banyak, boleh mendapatkan potongan harga daripada Kementarian Pengangkutan.

Baru-baru ini, melalui operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati terpadat penunggang p-hailing yang tidak mempunyai lesen memandu selain menggunakan pengenalan diri kerja orang lain.