Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

PM umum inisiatif agenda perumahan antaranya pengecualian bayaran sewa

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 24 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa inisiatif agenda perumahan untuk kebajikan Keluarga Malaysia.

Antaranya pengecualian bayaran sewa untuk inisiatif perumahan bagi golongan terkesan dan penerusan moratorium bayaran sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ketika melancarkan Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia yang dikenali Rumah Ikram Keluarga Malaysia di Putrajaya, Datuk Seri Ismail Sabri turut mengumumkan penambahan bilangan unit di bawah projek berkenaan.

Beliau turut mengumumkan, program moratorium bayaran sewa kepada penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dibawah kawal selia dan pengurusan Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan diteruskan sehingga akhir 2022.

Ia memberi manfaat kepada 10,000 Ketua Isi Rumah atau 50,000 penghuni PPR dengan melibatkan tanggungan kewangan kerajaan RM18.84 juta.

Menerusi inisiatif itu juga, 1,000 unit rumah disediakan sebagai permulaan di PPR sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor dengan kadar sewa minimum RM124 sebulan selama tempoh maksimum dua tahun.