Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Kebolehpasaran graduan: Pelbagai inisiatif KPT dilaksanakan

  • Published in Nasional

SHAH ALAM, 24 September - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan graduan mendapat pekerjaan sesuai kelayakan.

Datuk Dr Ahmad Masrizal memaklumkan, kadar kebolehpasaran graduan tahun lalu di tahap 84.4 peratus menurun sedikit berbanding 86.2 peratus pada 2019.

Tambahnya, dengan latihan-latihan kemahiran menerusi program PENJANA serta galakan graduan menceburi bidang keusahawanan merupakan petanda positif ditunjukkan setelah sebahagian besar mereka telah memperolehi pendapatan.

Beliau berkata demikian selepas Program Proffesional Walkabout di UiTM Shah Alam bagi meninjau kesediaan dan kesiapsiagaan IPT dalam menerima pelajar Oktober ini.