Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Langkawi terima 12,607 pengunjung seminggu, dijangka meningkat pada November dan Disember

  • Published in Nasional

KUALA KEDAH, 24 September - 12,607 orang berkunjung ke Pulau Langkawi, Kedah dalam tempoh tujuh hari sejak 16 September lalu.

Daripada jumlah itu, 11,853 merupakan pelancong domestik.

Exco Pelancongan Negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, 8,587 pelancong masuk ke pulau peranginan itu menggunakan perkhidmatan udara.

Manakala, 4,020 orang menaiki feri dari jeti Kuala Perlis.

Jumlah itu masih jauh daripada sasaran 30,000 pelancong ke pulau peranginan itu menjelang hujung bulan ini.

Keadaan itu disebabkan oleh beberapa faktor.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Terminal Feri Kuala Kedah, tengah hari tadi.