Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Peperiksaan bertulis UPKK 2020/2021 diganti dengan pelaksanaan berdasarkan penilaian

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 September - Peperiksaan subjek bertulis bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) akan digantikan dengan pelaksanaan berdasarkan penilaian secara sepenuhnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, perkara ini melibatkan calon tahun 2020 dan 2021 yang sepatutnya menjalani peperiksaan itu secara serentak pada 15 hingga 18 November nanti.

Menurut Idris, keputusan itu tidak akan menjejaskan penilaian terhadap tahap penguasaan murid kepada subjek yang dipelajari sejak dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

Beliau turut berkata, JAKIM akan memaklumkan kaedah serta tarikh pelaksanaan bagi menggantikan ujian bertulis tersebut.

Jelasnya, kerajaan sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa penularan COVID-19 khususnya dalam aspek keselamatan murid dan semua tenaga pengajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).

Pelaksanaan UPKK secara penilaian ini tidak akan menjejaskan mutu tahap penguasaan murid dan peluang mereka ke sekolah menengah.

Justeru, guru KAFA dan murid disaran membuat persediaan rapi bagi menghadapi proses selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh JAKIM.