Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

NJCSP perkasa tenaga kerja negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 23 September - Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional (NJCSP) akan dilaksana bagi memperkasa tenaga kerja negara agar lebih berdaya tahan, berkemahiran tinggi dan tersohor di peringkat antarabangsa.

Ia akan disokong oleh lima pasukan petugas khas di bawah Majlis Pekerjaan Negara (NEC).

Perdana Menteri, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan berkata, penciptaan pekerjaan di Malaysia juga akan dipertingkat melalui enam teras utama antaranya, meningkatkan kerjasama antara industri dan akademik, memupuk bakat bagi memenuhi keperluan industri dan memperkasa usahawan tempatan untuk maju dalam ekonomi semasa.

Enam teras itu akan menjadi panduan bagi pelaksanaan enam pengubah keadaan, termasuk mengaplikasikan teknologi kepintaran buatan (AI) untuk pemadanan dan perancangan kerjaya, di samping meningkatkan kebolehpasaran dan kualiti graduan lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Manusia juga diberi tanggungjawab membangun platform digital sehenti.

Ia bagi memastikan program latihan dan kemahiran yang dijalankan dapat dilaksana dan dipantau secara efektif.