Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

376,000 berjaya dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 23 September - Hasrat mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan untuk tahun ini bakal dicapai, susulan lebih 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan, menerusi 27 inisiatif yang dilaksanakan kerajaan, setakat 10 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan berkata, jumlah itu melebihi sasaran asal iaitu 354,276 peluang pekerjaan sehingga 30 September.

Perkara tersebut dimaklumkan pada mesyuarat kali ketiga Majlis Pekerjaan Negara (NEC) yang berlangsung semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Tambah Datuk Seri Ismail Sabri, lebih 97,000 pekerjaan baharu berjaya diwujudkan melalui pelaburan dalam negara dengan 76 peratus daripadanya merupakan kategori mahir dan separuh mahir.

Jumlah itu adalah sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baharu yang terhasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021.