Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Manual pengoperasian sekolah jadi panduan pastikan PdP lancar

  • Published in Nasional

PARLIMEN, 23 September - Kementerian Pendidikan (KPM) menyediakan manual pengoperasian sebagai panduan kepada ibu bapa, guru, pelajar dan pentadbir sekolah.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, panduan itu untuk memastikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara penggiliran dapat dilaksanakan dengan baik apabila sekolah dibuka mulai 3 Oktober ini.

Jelasnya, kerajaan telah mengambil kira pandangan semua pihak terutama ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah sebelum memutuskan untuk membuka sesi persekolahan secara bersemuka.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.