Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan sejak PKP dilaksana

  • Published in Nasional

PARLIMEN, 23 September - Usaha mengekang masalah keganasan rumah tangga terus menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menurut Menteri, Datuk Seri Rina Mohd Harun, sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana pada Mac 2020 hingga Ogos tahun ini, sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan dengan 4,905 kes dilapor sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.

Jelasnya, program berbentuk pendidikan dan pemerkasaan khususnya kepada wanita akan diteruskan bagi mengelak golongan itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Beliau menjawab pertanyaan ahli parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria.