Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

KPDNHEP, MAFI setuju turunkan harga ayam, bagi pastikan harga borong dan runcit kekal stabil

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersetuju menurunkan lagi harga ayam di peringkat pengeluar serta ladang supaya harga borong dan runcit kekal stabil.

Ia sekaligus dapat membantu pengguna untuk menikmati harga ayam yang berpatutan.

KPDNHEP dan MAFI melalui kenyataan berkata, hasil daripada perbincangan yang diadakan kedua-dua Kementerian bersetuju untuk meneliti beberapa cadangan bagi menstabilkan harga ayam.

Antaranya, pemberian kemudahan pinjaman mudah bagi membantu pengeluaran ayam yang mencukupi serta menangani isu peningkatan kos pengeluaran berikutan kenaikan harga komponen makanan ayam yang diimport.

Justeru, KPDNHEP akan meneruskan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat pihak yang sengaja mengambil keuntungan secara tidak munasabah atau mencatut terutama di dalam situasi semasa ketika ini.