Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Kadar penggunaan katil hospital dan ICU masih tinggi

  • Published in Nasional

ANGAKASAPURI, 21 September - Kadar penggunaan katil hospital termasuk di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) yang masih tinggi, adalah antara faktor Kedah dan Johor masih belum beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), walaupun kadar vaksinasi di kedua negeri itu berada pada tahap yang baik.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata sehubungan itu penduduk di negeri berkenaan perlu menyedari kepentingan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dan mematuhi semua protokol keselamatan ditetapkan.

Beliau bercakap dalam program Bicara Naratif, malam tadi.

Tambahnya, beliau yakin penduduk di kedua-dua negeri itu juga sudah pasti menginginkan peralihan fasa bagi membolehkan mereka menikmati kelonggaran yang diberikan kerajaan.