Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Jabatan Mineral dan Geosains bantu siasatan bencana tanah runtuh

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 September - Penglibatan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dalam siasatan serta pengurusan bencana tanah runtuh mampu membantu menentukan tahap keselamatan di kawasan terjejas.

KeTSA berkata, melalui usaha itu kehilangan nyawa dapat dielakkan dan kerosakan harta benda dapat diminimumkan.

Usaha dan penglibatan diambil kementerian itu antara lain menerusi inisiatif dilaksanakan JMG berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Di Kawasan Zon Bencana Tanah Runtuh.

Mengambil contoh insiden tanah runtuh yang berlaku di Forest Hill, Kota Kinabalu, Cameron Highlands, dan terbaru di Kemensah Heights, Ampang yang dicetuskan faktor hujan, JMG yang mempunyai kepakaran dalam bidang geologi melakukan pemeriksaan tapak bencana dalam tempoh 24 jam sebaik menerima maklumat.

Penilaian tahap keselamatan turut dibuat di tapak bencana bagi memastikan kumpulan penyiasat JMG dan agensi terlibat tidak terdedah kepada ancaman runtuhan susulan.

JMG juga melaksanakan penzonan kawasan bencana mengikut tahap risiko.