Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Rancak ekonomi digital serta bantu tingkat pendapatan rakyat, 1,000 lagi Pusat Internet Komuniti bakal dibuka

  • Published in Nasional

LANGKAWI, 19 September - 1,000 lagi Pusat Internet Komuniti (PIK) akan diwujudkan di seluruh negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran itu bagi merancakkan ekonomi digital selain membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

Jelasnya, transformasi itu menjadi keutamaan kerajaan sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketika ini, terdapat lebih 800 Pusat Internet Komuniti di seluruh negara.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Internet Komuniti Kampung Padang Lalang.