Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

AUKUS: Malaysia tegas amalkan ZOPFAN selain SEANWFZ

  • Published in Nasional

KUANTAN, 18 September - Malaysia menyatakan kebimbangan dengan pengumuman pakatan strategik ketenteraan baharu Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau telah meminta butiran terperinci mengenai pemilikan aset kapal selam nuklear baharu Australia melibatkan kerjasama United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Malaysia juga tegasnya, mengamalkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), selain berpegang kepada deklarasi Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1982 mengenai Undang-undang Perjanjian Laut (UNCLOS).

Tambah beliau, semua menteri luar ASEAN dijangka bakal mengeluarkan kenyataan bersama berhubung isu ini dalam tempoh terdekat.

Media melaporkan Australia bakal memperolehi teknologi kapal selam berkuasa nuklear dengan pakatan pertahanan baharu membabitkan negara itu dengan kerjasama Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Beliau berkata dalam sidang akhbar selepas program pengagihan ‘Mooncake’ kepada masyarakat setempat di Pusat Khidmat Indera Mahkota, hari ini.