Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal dibaik pulih, tidak akan dilaksana secara terburu-buru

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 September - Kementerian Belia dan Sukan kini sedang dalam usaha untuk membaiki dan menaiktaraf Stadium Nasional Bukit Jalil untuk kembali beroperasi seperti dahulu.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia perlu dilihat dalam pelbagai aspek terutamanya kualiti dan teknologi moden yang diguna pakai oleh negara luar.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Faizal turut menjelaskan, kos membaik pulih padang baharu stadium tersebut tidaklah menelan kos sehingga 10 juta ringgit.

Menurutnya, kos sebesar itu sebenarnya adalah bagi membaik pulih beberapa padang bola sepak di stadium di seluruh negara.

Beliau ditemui media, selepas membuat lawatan pertamanya di Wisma Majlis Olimpik Malaysia hari ini.