Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Institusi Masjid perlu didik Masyarakat patuhi SOP

  • Published in Nasional

ARAU, 14 September - Institusi masjid diingatkan agar lebih fokus dalam menangani sesuatu kegentingan atau krisis semasa selain sentiasa mendidik masyarakat mengenai SOP keselamatan dan kesihatan sebagai ikhtiar mengurangkan risiko jangkitan dan penularan COVID-19.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Mesyuarat Sidang Ke-4 MAIPs yang berlangsung secara dalam talian, baginda mengingatkan pengurusan MAIPS memainkan peranannya dalam membantu masyarakat menangani impak pandemik.

Jelas baginda, didikan ketika bersolat dan keberadaan di dalam masjid dengan pematuhan SOP ditetapkan harus diterjemah dalam kehidupan harian masyarakat.

Ibadah solat juga berperanan menyusun atur kehidupan manusia, bermula daripada perintah menjaga kebersihan dan kesucian, termasuklah kewajipan mematuhi arahan ketua yang perlu dihayati oleh setiap masyarakat.