Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Pelancong ke Langkawi digalak guna agensi pelancongan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 14 September - Pelancong ke Pulau Langkawi tidak dibenar menggunakan kenderaan persendirian.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri menyatakan, mereka digalakkan menggunakan khidmat agensi pelancongan berdaftar.

Semua proses dokumentasi terutama permit melakukan perjalanan rentas negeri juga akan diuruskan oleh pihak agensi pelancongan terlibat.

Mengulas mengenai cadangan mewajibkan semua pelancong ke Pulau Langkawi untuk menjalani saringan COVID-19, Datuk Seri Nancy berkata, syarat itu tidak ditetapkan.