Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

P&P dalam talian bermula Ogos bagi pelajar baharu asasi, diploma sesi 2021/2022

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 31 Julai - Aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelajar baharu program Asasi dan Diploma bagi Sesi Akademik 2021/2022 akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula bulan depan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan medianya menjelaskan, keputusan itu mengambil kira situasi semasa COVID-19 dalam negara.

Bagaimanapun, Universiti Awam boleh mempertimbang kemasukan pelajar Asasi dan Diploma ke kampus secara fizikal bermula Oktober 2021 atau pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan universiti masing-masing.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Juga boleh melayari laman sesawang IPT atau terus menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing.