Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Program Malaysia Tech Month 2021 dijangka membawa peluang bernilai RM50 juta kepada negara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Program Malaysia Tech Month 2021 yang akan berakhir hingga 30 Ogos dijangka membawa peluang bernilai RM50 juta kepada negara apabila ia menarik penyertaan lebih 20,000 peserta daripada 50 negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, program maya anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu adalah sebahagian daripada usaha gigih menyeluruh yang dilaksana selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara.

Ini usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi pada 2030.

Pelancaran edisi kedua program itu ujarnya adalah bukti matlamat pihak kementerian bagi memastikan bahawa teknologi tersebut memberikan manfaat kepada semua.