Friday, 24 September 2021

updated 1:06 PM UTC, Sep 24, 2021

Kerajaan masih dapat sokongan lebih 110 ahli parlimen

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen.

Sehubungan itu, rakyat diminta bertenang dalam menghadapi situasi terkini.

Menerusi satu kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, situasi politik semasa boleh menjejaskan usaha kerajaan menyelesaikan masalah ekonomi dan memerangi pandemik COVID-19.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan Istana Negara hari ini.