Friday, 24 September 2021

updated 11:54 AM UTC, Sep 24, 2021

Mesyuarat khas parlimen ditangguh awal, kes positif COVID-19 dikenal pasti

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Persidangan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini ditangguhkan lebih awal daripada waktu sepatutnya susulan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mempengerusikan majlis memaklumkan, ujian saringan yang dilakukan selepas sidang ditangguhkan pada 3.30 petang mengenal pasti dua lagi kes positif COVID-19 baharu selepas dua kes positif dimaklumkan sebelum itu.

Jelasnya, penangguhan mesyuarat perlu dilakukan bagi membolehkan Kementerian kesihatan menjalankan penilaian risiko penularan COVID-19 di Parlimen.

Selaras peraturan Mesyuarat 12(2) mesyuarat terpaksa ditangguhkan sehingga 10:00 pagi Isnin ini.

Terdahulu, mesyuarat ditangguhkan sehingga 5.15 petang susulan makluman Kementerian Kesihatan yang mengesahkan dua kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas parlimen dikesan semalam dan hari ini.

Penangguhan itu bagi membolehkan kesemua individu yang hadir dalam sidang Parlimen menjalani saringan COVID-19 dan mereka ke semua mereka tidak dibenarkan keluar dari Bangunan Parlimen sehingga keputusan ujian saringan diperoleh.

Pada sesi pagi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat ditangguh sementara kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan sekali lagi ditangguhkan sehingga 3.30 petang susulan kenyataan Istana Negara berhubung pembatalan Ordinan Darurat.