Friday, 24 September 2021

updated 9:13 AM UTC, Sep 24, 2021

Peruntukan lebih RM230 juta disalurkan kepada pesakit kronik terlantar, OKU dan kanak-kanak

  • Published in Nasional

KAJANG, 28 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyalurkan bantuan sebanyak RM80.36 juta untuk 25,951 pesakit kronik terlantar dan penjagaan OKU sehingga Jun 2021.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, RM154 juta turut disalurkan kepada 62,837 kanak-kanak.

Tambah beliau, selain wang tunai dan barang keperluan asas, golongan tersebut turut memerlukan sokongan emosi.

Ketika ini sebanyak 333,000 permohonan telah diterima melalui Bantuan Bakul Prihatin Negara.

Dan daripada jumlah itu 30,000 pemohon telah menerima bantuan.