Wednesday, 21 April 2021

updated 8:34 AM UTC, Apr 21, 2021

10 hingga 20% kontraktor di Johor terlibat dalam projek mega

  • Published in Nasional

JOHOR, 8 April - Kerajaan negeri Johor komited menyasarkan antara 10 hingga 20 peratus kontraktor di negeri itu terlibat dalam pelaksanaan projek-projek mega dan berimpak tinggi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, pihak terlibat harus merebut peluang tersebut selaras menjadikan Johor sebagai hab pertumbuhan ekonomi baharu negara.

Jelasnya, komitmen itu meliputi projek pelbagai sektor termasuk pembinaan Landasan Keretapi Elektrik Gemas-Johor Bahru, Projek Rapid Transit System Singapura-Johor Bahru dan Bas Rapid Transit.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kontraktor Johor, di Johor Bahru.