Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Minyak sawit negara kekal berkualiti, pertingkat peluang teroka pasaran baharu

  • Published in Nasional

BANGI, 8 April - Malaysia komited mengekalkan kualiti minyak sawit pada tahap 90 peratus mengikut standard pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata langkah itu diperlukan untuk meningkatkan jumlah eksport bahan komoditi itu ke pasaran baharu.

Pihaknya kini fokus meluaskan pasaran ke Afrika dan Timur Tengah.

Menyentuh tindakan Sri Lanka mengenakan sekatan terhadap kemasukan produk ke negara itu, jelas beliau ia tidak memberi sebarang impak terhadap industri berkenaan.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apreasiasi KPKK 2021 dan Pelancaran Pencapaian Malaysia Prihatin Sektor Agrikomoditi Negara.