Wednesday, 21 April 2021

updated 7:07 AM UTC, Apr 21, 2021

92 individu ditahan ingkar PKP

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 8 April - Ini pula berkaitan operasi pematuhan SOP.

92 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

88 daripada mereka dikompaun dan empat lagi direman.

Menurut Datuk Seri Ismail antara kesalahan dikesan ialah rentas negeri tanpa kebenaran, gagal mengamalkan penjarakan fizikal dan premis beroperasi tanpa kebenaran.

Menerusi Operasi Benteng pula 43 pendatang asing tanpa izin dicekup.

Turut dirampas tiga kenderaan.