Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Lebih 21,300 pekerja asing diburu guna khidmat sindiket PLKS palsu

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 8 April - Jabatan Imigresen sedang mengesan seramai 21,378 pekerja asing kerana disyaki menggunakan khidmat sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu sejak tahun lepas.

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud pekerja asing tersebut melibatkan pelbagai sektor termasuk perladangan, perkilangan dan perkhidmatan pembersihan.

Jelasnya, kewujudan sindiket itu menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sehingga jutaan Ringgit.

Jumlah kerugian itu berdasarkan bayaran antara RM600 hingga RM1,600 untuk bayaran setiap PLKS yang sah, bergantung kepada sektor pekerjaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Operasi Hack-Sindiket Godam Sistem di pejabat SPRM ibu negara.