Wednesday, 21 April 2021

updated 9:05 AM UTC, Apr 21, 2021

Kampung Serumah, Daerah Kecil Siburan dikenakan PKPD

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Mac - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama, kilang dan tapak binaan Central Medicare, Hilir Perak, Perak, tamat sepertimana yang dijadualkan esok.

Kenyataan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyebut, 2,074 ujian saringan telah dilaksana Kementerian Kesihatan dengan 1,650 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

Kementerian Kesihatan juga telah mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal.

Selepas penilaian risiko, PKPD di lokaliti itu ditamatkan seperti dijadualkan.

Kenyataan sama turut memaklumkan, bermula esok hingga 20 Mac, Kampung Serumah, Daerah Kecil Siburan, Serian, Sarawak dikenakan PKPD.

Pelaksanaan itu selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di lokaliti berkenaan.

Sehingga semalam, 416 ujian saringan telah dijalankan dan daripada angka itu, 21 kes positif COVID-19 dicatatkan.

Pelaksanaan PKPD ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan secara bersasar ke atas 580 penduduk serta mengesan kontak rapat.