Wednesday, 21 April 2021

updated 4:01 AM UTC, Apr 21, 2021

Subsidi untuk pekebun kecil akan dikaji

  • Published in Nasional

PONTIAN, 6 Mac- Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi akan mengkaji langkah relevan bagi membantu pekebun kecil terutamanya dalam industri getah dan kelapa sawit supaya tidak terjejas ketika musim kemarau.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, langkah itu perlu berikutan komoditi merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara.

Antara langkah dipertimbang untuk komoditi getah adalah pemberian subsidi agar harga komoditi itu tidak kurang daripada harga lantai iaitu RM2.50 sekilogram.

Terdahulu, beliau menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Pontian.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca panas akan berlarutan hingga pertengahan April susulan taburan hujan yang kurang dengan negeri di utara semenanjung dijangka mengalami keadaan lebih kering dan tempoh tanpa hujan lebih lama.