Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Isu sempadan, guna tanah di Sungai Batu akan diselesaikan

  • Published in Nasional

MERBOK, 6 Mac- Isu sempadan dan guna tanah di sekitar kawasan Sungai Batu, Merbok yang dibangkitkan pihak tertentu akan diselesaikan segera.

Rentetan itu, mesyuarat berkaitan isu tersebut antara Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah Kuala Muda, Jabatan Warisan dan pasukan pengkaji sejarah diketuai Datuk Dr Mokhtar Saidin akan diadakan, Ahad ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan memaklumkan, mesyuarat akan dipengerusikan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri(Pembangunan), Datuk Norizan Khazali.

Tahun lalu, semua pihak terbabit telah mengadakan perbincangan dan rundingan di tapak tersebut yang dikendalikan oleh Pengarah BPEN, Mahazi Ibrahim.

Bagaimanapun, penyelesaian menyeluruh belum dapat dimuktamadkan.

Seperti rakyat Kedah, Muhammad Sanusi mahu keagungan kerajaan negeri yang mempelopori tamadun awal Asia Tenggara yang bertapak di Sungai Batu diangkat sebagai mercu tanda kehebatan negeri.

Justeru, tuduhan dan kecaman tidak berasas pihak tertentu terhadap kerajaan negeri tidak akan membantu usaha tersebut.

Sebaliknya, boleh meruntuhkan ketamadunan dan tradisi intelektual yang sedang diadaptasi ketika ini.