Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Penilaian semula dilakukan Geopark Lembah Kinta

  • Published in Nasional

IPOH, 23 Feb - Geopark Lembah Kinta yang telah diiktiraf pada 2018 sebagai Geopark Kebangsaan akan dinilai semula tahun ini.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah penilaian itu dibuat bagi menentukan sama ada ia dapat dikekalkan sebagai geopark atau boleh diangkat kepada Geopark Antarabangsa.

Dalam pada itu Lembah Lenggong dirancang dijadikan sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak dan mengangkatnya sebagai Lembah Geopark Antarabangsa menjelang tahun 2025.

Datuk Seri Dr Shamsul ditemui selepas melawat Geotapak Gunung Lang di Geopark Lembah Kinta.