Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Terengganu mohon rentas daerah dibenarkan, Industri pelancongan semakin tenat

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 23 Feb - Terengganu memohon agar pergerakan rentas daerah dibenarkan untuk kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sekiranya diluluskan kerajaan negeri yakin, sektor pelancongan domestik dan perhotelan dapat kembali bernafas.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan teknologi digital Negeri, Ariffin Deraman sekiranya rentas daerah dibenarkan, sektor pelancongan mampu melonjak sehingga 30 peratus.

Ketika ini hanya 10 peratus kadar penginapan di hotel direkodkan sejak sektor itu dibenarkan beroperasi.

Ariffin ditemui selepas menyampaikan bantuan ekonomi rakyat terengganu kepada 147 penggiat pelancongan di Kuala Terengganu.