Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

509 ditahan ingkar SOP PKP

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Februari - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan 509 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Daripada jumlah itu, 466 dikompaun, 39 direman manakala empat lagi individu dijamin.

Kesalahan ingkar SOP rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran, tertinggi dicatatkan dengan 120 kes manakala kesalahan gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri dan pelanggan, 111 kes.

Kesalahan lain termasuk tiada penjarakan fizikal, aktiviti perjudian, tidak memakai pelitup muka dan aktiviti pusat hiburan.

Op Benteng menyaksikan 16 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditangkap manakala sembilan lagi diusir.

Selain itu, lima buah kenderaan darat dirampas.