Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

Vaksin COVID-19: Komuniti Orang Asli sedia terima suntikan

  • Published in Nasional

GUA MUSANG, 20 Februari- Komuniti Orang Asli di Gua Musang, Kelantan bersedia menerima suntikan vaksin bagi mencegah wabak COVID-19.

Mereka berharap keperluan suntikan vaksin kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman, turut diberi perhatian.

Wakil penduduk yang ditemui berkata terdapat petugas barisan hadapan dikalangan masyarakat Orang Asli yang perlu diberi keutamaan.

Antaranya penghulu, tok batin dan kakitangan Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Mereka bagaimanapun menyarankan penerangan jelas berkenaan suntikan vaksin itu perlu diberikan terlebih dahulu kepada masyarakat Orang Asli.