Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

Sesi persekolahan bersemuka bermula 1 Mac

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 19 Februari - Sekolah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibuka semula bermula awal bulan depan.

Pembukaan dibuat secara berfasa dengan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua akan kembali bersekolah pada 1 Mac.

Sementara murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, keputusan itu dibuat bagi membiasakan murid  prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua dengan suasana baharu persekolahan.

Tarikh pembukaan terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan kementerian.