Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

ADM 2025 sasar lapan matlamat keberhasilan

  • Published in Nasional

 

KUALA LUMPUR, 23 Januari - Pelan Induk Digital ASEAN (ADM) 2025 dilancar bagi merealisasikan hasrat menjadikan rantau ini sebagai komuniti digital terkemuka dan blok ekonomi utama.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pelaksanaannya bakal dipacu oleh ekosistem, teknologi dan perkhidmatan digital yang transformatif serta selamat.

ADM 2025 menetapkan lapan matlamat keberhasilan.

Antaranya, memastikan tindakan ADM 2025 mengutamakan usaha mempercepat pemulihan ASEAN daripada impak COVID-19 selain meningkatkan kualiti dan liputan infrastruktur jalur lebar mudah alih dan tetap.

Pada masa sama, menyediakan pasaran kompetitif dan mampan untuk pembekalan perkhidmatan digital.