Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

SPM tetap diteruskan 22 Februari

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 22 Januari - Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tetap diteruskan seperti yang dijadualkan pada 22 Februari 2021.

Ketua Pengarah Pendidikan (KPM), Datuk Dr Habibah Abdul Rahim berkata, pihaknya akan memastikan keselamatan serta kesihatan pelajar menjadi keutamaan sepanjang peperiksaan itu berlangsung.

Jelas beliau, sekiranya ada pelajar yang dijangkiti COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin perlu mengemukakan surat atau bukti daripada pihak hospital sebelum dibenarkan mengambil peperiksaan alternatif.

Bagaimanapun, calon yang sembuh atau habis tempoh kuarantin ketika peperiksaan masih berjalan, mereka perlu menduduki baki kertas peperiksaan yang ada.

Manakala tarikh kertas peperiksaan yang tertinggal akan dimaklum KPM kemudian.

Beliau ditemui di sidang media Ketua Pengarah KPM secara maya.

Selain itu, KPM tidak bercadang untuk menurunkan gred pemarkahan SPM kerana peperiksaan itu diiktiraf University of Cambridge.

Sekiranya diturunkan, KPM bimbang SPM untuk calon tahun 2020 tidak mendapat pengiktirafan yang sama.