Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

KKM tubuh 213 Pusat Penilaian COVID-19 di seluruh negara

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 22 Januari - 213 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) ditubuhkan Kementerian Kesihatan di seluruh negara bagi mengendalikan penilaian pesakit COVID-19 yang menjalani rawatan di rumah.

Kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyebut, CAC berkenaan akan mengklasifikasikan tahap pesakit COVID-19 untuk menentukan pengurusan pesakit termasuk kelulusan rawatan di rumah.

Pusat itu juga berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai dipantau di rumah.

Pasukan CAC juga bertanggungjawab mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) atau hospital iaitu pesakit kategori satu dan dua yang tidak sesuai untuk ditempatkan serta dipantau dari rumah.

Dan CAC ini juga berfungsi menyelaras rujukan dan klinik kesihatan ke PKRC atau ke hospital.